Walaupun tidak turun memancing, sekurang-kurangnya saya masih boleh
kongsikan sedikit info tentang memancing. Perkongsian kali ini adalah
tentang tips memancing ikan pari. Sebelum pergi memancing kena ada ilmu
sedikit tentang waktu dan umpan yang sesuai.
Umpan Ikan Pari
Penggunaan
umpan sesetengahnya mengikut tempat dan lokasi pancing. Boleh rujuk kepada
penduduk setempat jika ingin kepastian. Umpan yang disebutkan ini adalah jenis
umpan yang biasa dirembat sang pari. Oleh kerana pari ikan yang suka mendap di
dasar, peralatan halus dan lembut bukanlah lawannya. Saiz minimum yang
disyorkan ialah 20 paun atau PE2.
Umpan yang biasa digunakan memancing pari adalah:
Umpan yang biasa digunakan memancing pari adalah:
Waktu Memancing Ikan Pari
Waktu sesuai ialah ketika arus
tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air.
Pari menelan umpan tidak kira masa, sama ada pagi, petang dan malam.
Teknik Memancing Ikan Pari
Pari apabila menelan umpan dan terasa tekanan yang dikenakan ke atasnya akan mula melarikan diri. Tenaga yang di miliki pada permulaan ini sukar untuk ditangani pemancing. Jika berlaku keadaan ini kita perlu beri tali tapi jangan terlalu longgar dan tunggu sehingga larian pari lemah. Semasa memberi tali, pada masa yang sama sentiasa berikan tekanan pari pari bertujuan meletihkan ia. Jika ada peluang mengarau tali lakukan tanpa ragu-ragu. Bermain dengan pari banyak memerlukan kesabaran terutama apabila ia memekap di dasar dalam jangka masa yang lama.
Jenis Ikan Pari
Jenis pari yang biasa makan umpan
pemancing ialah pari benting, pari harimau, pari minyak, pari lalat, pari
pasir, pari nyonya, pari daun, pari kulim, pari tanjung, ketuka dan kadang kala
pari lang.Teknik Memancing Ikan Pari
Pari apabila menelan umpan dan terasa tekanan yang dikenakan ke atasnya akan mula melarikan diri. Tenaga yang di miliki pada permulaan ini sukar untuk ditangani pemancing. Jika berlaku keadaan ini kita perlu beri tali tapi jangan terlalu longgar dan tunggu sehingga larian pari lemah. Semasa memberi tali, pada masa yang sama sentiasa berikan tekanan pari pari bertujuan meletihkan ia. Jika ada peluang mengarau tali lakukan tanpa ragu-ragu. Bermain dengan pari banyak memerlukan kesabaran terutama apabila ia memekap di dasar dalam jangka masa yang lama.
Jenis Ikan Pari
Credit:Sumber
No comments:
Post a Comment