Jika di Malaysia orang-orang kampung yang tinggal berdekatan sawah akan menangkap ikan menggunakan alat khas yang dipanggil sebagai bubu. Kemeriahan musim menangkap ikan sawah tidak dapat disangkal lagi kerana kadang-kadang ianya menjadi satu pesta kepada orang-orang kampung. Kini, jika di negeri Kedah teknik menangkap ikan sawah turut diperkenalkan kepada kepada para pelancong luar.
Paparan berikut adalah mengenai ritual pelik masyarakat orang Asli Afrika ketika menangkap ikan. Jom ikuti kisahnya…
Sekali setahun perairan suci Tasik Antogo
di Mali dibuka kepada para nelayan. Ribuan nelayan berbaris di
sekeliling tasik tersebut. Ketika itu, ribuan nelayan akan beratur
untuk menangkap ikan di Tasik Antogo di Mali.
Meriah… sedia untuk memulakan acara menangkap ikan
Sejurus selepas letupan dari pistol
dibunyikan sebagai permulaan, mereka akan menyerbu secara tergesa-gesa
untuk ke bahagian tengah tasik. Seluruh tasik dipenuhi dengan para
nelayan dan ketika itu, ikan-ikan benar-benar tidak lagi selamat!.
Untuk pengetahuan semua, tasik yang dikatakan suci ini hanya terbuka untuk sekali setahun untuk para nelayan tersebut.
Gembira walaupun disaluti lumpur
Benua Afrika sememangnya terkenal dengan
suasana yang beraneka ragam bagi pelbagai jenis tradisi yang sudah
dijalankan ratusan tahun yang lalu. Begitu juga dengan ritual unik satu
ini.
Ritual unik atau pelik ini dipanggil
sebagai Antogo di mana para nelayan hanya berpeluang menangkap ikan-ikan
di tasik tersebut hanya setahun sekali bagi menjaga kesuciannya. Danau
kecil ini juga dianggap menakutkan bagi sesetengah masyarakat.
Dikatakan pada masa dahulu lokasi tasik
itu merupakan sebuah kawasan hutan hijau dan subur. Danau, yang
dianggap suci dipenuhi oleh ikan yang memberikan rezeki melimpah kepada
para penduduk setempat. Namun, dek kerana perubahan iklim dan perubahan
masa maka kawasan ini secara berperingkat telah menjadi kering kontang
serta tidak lagi subur.
Penduduk tekun menangkap ikan di tasik
Oleh yang demikian, para penduduk
setempat kini menghadapi masalah besar kerana kekurangan bekalan air.
Namun, pada mereka danau tersebut masih merupakan sumber air yang amat
berharga bak emas berlian.
Acara Antogo diadakan pada bulan ke-6
setiap musim kemarau, umumnya sekitar bulan Mei. Namun begitu, tarikh
yang tepat akan ditentukan oleh ketua adat.
Sebagai menandakan tarikh menangkap ikan semakin hampir, maka sebatang tongkat akan dipacakkan di tengah-tengah tasik tersebut bagi memberitahu kepada masyarakat di situ tentang acara yang semakin dekat.
Seterusnya, pada hari yang akhirnya ditetapkan sebagai hari Antogo, maka
keluarkan ratusan orang berkumpul di sekitar danau Bamba itu. 3
kelompok terbesar yang dibentuk oleh keluarga yang paling dihormati dari
berbagai penduduk kampung kuno Dogon.
Kelompok dari kampung Bamba sendiri
biasanya yang terbesar. Beberapa kelompok orang akan membacakan mantera
dan pujian bagi dewa mereka. Setelah mereka selesai membaca mantera,
menandakan Antogo dimulai.
Masing-masing bersedia dengan bubu untuk menangkap ikan
Masyarakat di situ lebih selesa untuk
memilih tinggal di sekitar batu, bukit-bukit dan kawasan-kawasan sunyi
iaitu jauh dari sungai Niger yang digeruni.
Namun untuk festival Antogo, semua
ketakutan diketepikan dan orang-orang melompat tepat ke dalam air untuk
mendapatkan ikan-ikan di dalam tasik tersebut.
Pesta ini sememangnya meriah tetapi jika
di tempat kita jampi mantera tidak lah dilakukan kerana ianya syirik.
Jom tangkap ikan…!
Credit:Sumber
No comments:
Post a Comment