Saturday, 6 December 2014

El Dorado @ Belitung

Jenis Ikan – El Dorado @ Belitung

 
 
 
 
 
 
 
Lama dah aku tak baca Reel Tales. Aku rasa dua tiga kali dah aku jumpa artikel dlm The Star tp mcm malas nak baca. Balik kerja td, ada The Star kat depan TV, selak selak bukak aku jumpa Reel Tales cerita pasai ikan ni. Nampak mcm nama latin, tp ikan kat Malaysia. Ikan yg aku  cerita tu ialah  ikan belitung atau nama glamernya El Dorado. Specis ini di anggap specis yg pelik dan biasanya di jumpai di sekitar perairan Rompin. Kaler ikan ni agak berbeza dengan specis yg lain dengan kombinasi kaler kaler seperti hijau, oren dan bright blue. Daya pecutan ikan ini yg kuat ketika menyentap umpan menjadikan ikan ini salah satu game fish yg menarik utk dicuba. Refer dengan kaki kaki yg pernah mendaratkan ikan ni, depa kata isi tak sedap. Jgn tanya aku pulak. Tak dak pengalaman la. 
Referance
a. Gambar ikan belitong aku ambik dari sini.
b. Gambag bro yg tgh posing macho dengan dorado aku cilok kat sini.Aku rasa artikel yg sama pernah keluar dalam majalah pancing tak lama dulu.
c. Reel Tales The Star 18 Feature khamis 31 May 2012 with “search for El Dorado is over. 


Sumber

More Fishing Stories:  http://Gofishtalk.com

Majalah Umpan Edisi Disember 2014

Edisi Disember 2014: Badong VS Sebarau Lubuk Panjang

hiasan

 
Henjutan padu yang disangka ikan kelah menyambar sesudu, rupa-rupanya dari sang badong yang menyambar sesudu. Memang teruja melihatkan saiz sebarau besar di depan mata. Selepas berhempas pulas bertarung, akhirnya badong bersaiz 5.8 kg berjaya ditewaskan. Bro, anda memang kena tahu cerita ni. Jom, baca!
 
 WACANA: LUBUK AKU BUKAN UNTUK DIKONGSI
Apa cerita pula ni? Takkan nak ‘makan’ seorang bro? Ikuti kupasan topik ini dalam ruangan Wacana kali ini.
 
FOTOGRAFI: PERKARA PATUT TAHU SEWAKTU MENGAMBIL GAMBAR POTRET 
Mantapkan lagi skil ambil gambar potret dengan tip kali ini. Banyak lagi yang perlu anda ketahui tentang seni fotografi.
 
TERBAEEKK!: KENALI SIAKAP MERAH, SI PENJAGA KAWASAN MUARA
Ohhhhhh, memang layan. Kena tahu lebih banyak tentang sang siakap merah. Baru ada ilmu nak tundukkan si penjaga muara yang hebat ini!
 
NGOLAM: KELESTARIAN KOLAM SAFIRUS
Seronok ke memancing di sini? Ayuh, ketahui apa yang menarik dengan kolam memancing ini. Mana tahu ia jadi lokasi anda yang seterusnya?
 
Antara kandungan lain yang terdapat di dalam majalah Umpan edisi Disember 2014 adalah Jadual pasang Surut, Umpan 101- Umpan Lilit Sotong, Trip 50LB – Trip Sehari Semalam Sungai Besar, Gear Ratio – Selamatkah Anda Ketika Memakai Jaket Keseleamatan dan banyak lagi. Dapatkan segera!
 
Jom follow media sosial kami di :
Facebook : www.facebook.com/Majalah-Umpan
Instagram : @majalahumpan
Twitter : @UmpanOnline             
Youtube : majalah umpan

Sumber 
 
More Fishing Stories:  http://Gofishtalk.com

Fishing Competition

Wednesday, 3 December 2014

Boat Building Tips

By: Peter Frank
To get a good boat, you must first start with a good design. Fortunately, or unfortunately, the collection of designs available is immense.
In years gone by, choosing a boat design to build was limited to what you could get your hands on through local boat yards or designers. With the Internet, the whole world plus a huge archive of older designs is now at your finger tips.

No longer do you have to spend $20 to see small plans so you could decide if it was what you truly wanted to build. These days, a few hours on the Net, and you have probably more information than you need. As a matter of fact, you could end up with information overload.

My best advice is first, decide on the basic concept. Do you want a small day sailer, ocean going mono hull, live aboard catamaran or car topper. Is your family truly interested in going boating with you, or are you just assuming? Ask yourself a lot of questions first.

My first boat was a 6ft dinghy I built while still at school. This was built out of cedar so it was really light, and I could pull it behind my bicycle on its own trailer. This was used for a number of years on the river near my home.

My last boat was a 31 ft ocean going yacht. I had this moored over 100 miles from my home. In retrospect, I got far more use and more fun from my 6 ft dinghy. This backs up my thoughts at the start. Do some serious thinking before making your choice of what to build.

Remember, all you need is some basic woodworking tools, some experience and some patience. The building of your own boat is a challenge, but if you meet it, the reward is the deep satisfaction of a self-made life afloat.

Author Bio
Staff writer at build-20-boats.info - Boat building site strictly for enthusiasts, with informative articles updated regularly 


Article Source: http://www.ArticleGeek.com - Free Website Content

KOLAM DANAU PANCING DAMAI IJOK










Pertama kali saya melangkah masuk ke kolam ini saya sangkakan sedang melawat sebuah taman rekreasi dan bukan sebuah kolam pancing ikan air tawar kerana keadaan suasananya yang tenteram dan diliputi pokok-pokok taman yang menghijau.

Kolam Dalam Taman
Terletak di Ijok, Kuala Selangor. Kolam yang berbentuk ‘U’ dan berkeluasan 2.5 ekar serta keseluruhan kawasan seluas 5 ekar ini boleh menampung kira-kira 250 pemancing dengan selesa. Berkedalaman dianggarkan melebihi 3 meter dibahagian tengah kolam ini sudah cukup menguji kemahiran dan kesabaran pemancing untuk menewaskan ikan-ikan kolam seperti Rohu, Patin, Pacu dan lain-lain. Dengan perbagai kemudahan asas seperti surau, tandas, kantin dan karaoke, ia juga menyediakan tempat penginapan bertaraf chalet bagi memudahkan pemancing yang datang dari jauh atau ingin membawa keluarga menginap sambil memancing. Kolam ini boleh dikatakan antara kolam yang terbersih dan teratur dari segi infra struktur yang pernah saya lawati. Cuma kedudukannya agak jauh dari bandar tapi jika anda biasa menggunakan jalan untuk ke Kuala Selangor, tidaklah terlalu susah untuk kesana.

Dibawah pengurusan baru iaitu Kail Desa awal bulan Disember 2007. Pada awal pembukaan, sebanyak 4 tan ikan dilepaskan secara berperingkat dan setiap minggu akan ditambah pada hari Rabu atau Khamis. Premis ini dibuka 24 jam kecuali hari Khamis sehingga jam 12 malam. Bayaran masuk adalah RM 20 untuk 4 jam dan RM 58 untuk 12 jam dengan bayaran RM 2 untuk tabung wang terkumpul mingguan yang diadakan setiap dua minggu sekali. Cabutan bertuah juga diadakan setiap dua minggu sekali untuk kesemua pemancing yang datang sepanjang dua minggu itu. Bagi pemancing yang suka memancing di awal pagi, hanya dikenakan bayaran RM 25 untuk 7 jam memancing dari pukul 12 mlm sehingga 7 pagi.

Roti + Kelapa + Perisa Pandan = Patin
Memang tak dinafikan ramai kaki pancing kolam mempunyai umpan rahsia masing-masing. Ramuan roti + kelapa + perisa pandan saya temui ketika berkunjung di kolam Danau ini dikatakan berpotensi menewaskan ikan-ikan terutama patin kolam dan ia sedang hangat dipergunakan berbanding penggunaan dedak mahu pun umpan lain.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menggunakan umpan ini. Roti dipotong dadu kecil-kecil, kemudian digaulkan dengan kelapa parut dan campurkan sedikit perisa pandan yang juga boleh didapati disini atau dikedai-kedai pancing, biarkan seketika bagi ramuan-ramuan tersebut menyerap didalam roti dan boleh terus digunakan.

Untuk menggunakannya, mata kail bersaiz besar adalah disyorkan seperti mata kail udang bersaiz no 14 ke 15 kerana batang terasnya yang kecil dan tajam memudahkan melekat kukuh dimulut ikan. Tidak perlu menggunakan mata rambai atau cakar ayam, penggunaan perambut dua mata sudah memadai. Digalak menggunakan tali perambut jenis sulam(braided line) kerana dikatakan ia lebih sensitif, mudah melekat dan tahan putus jika mendapat ragutan dari sang Pacu. Cangkuk roti tadi hingga menutupi mata kail, kemudian kepal-kepalkan roti menjadi gumpalan besar atau ‘bomm’. Cara ini dapat membantu umpan dari terlerai sepenuhnya jika terlalu lama didalam air kerana roti mudah kembang. Jangan terlalu memaksa ketika membuat balingan kerana ia mudah terlucut dari mata kail. Tidak perlu membuat sembatan yang terlalu kuat, biarkan radar naik dan pantas membuat sembatan biasa, ia sudah memadai. Saya pasti anda tidak akan kecewa.

Disini anda juga berpeluang membeli minyak bancuhan dedak yang dikatakan ‘killer’ bagi ikan-ikan kolam termasuklah cara-cara bancuhan dan jenama dedak yang selalu digunakan oleh pemancing-pemancing yang lebih senang digelar ‘geng cari makan’’.

Sistem SMS
Apa yang menarik perhatian saya ialah kolam ini menggunakan sistem pesanan ringkas(SMS) jika terdapat sebarang berita terbaru berkenaan kolam seperti pertandingan atau pun perubahan dari segi yuran. Dengan pendedahan baru ini pemancing tidak risau jika terlepas sebarang perkembangan tentang kolam. Cuma anda perlu meninggalkan nombor talipon bimbit di kaunter.

Bagaimana untuk kesana!
Cara mudah dengan menggunakan laluan MRR2 terus menghala Kuala Selangor. Lebih kurang 15 km dari penjara Sg.Buluh. Sampai di pekan Ijok dan Masjid Ijok, anda akan jumpa papan tanda Kolam Danau Pancing Damai bertentangan dengan masjid, belok kiri. Selamat Memancing!
Untuk keterangan lanjut atau tempahan chalet boleh berhubung :-
ADI – 017 886 0973


Sumber