Monday, 28 October 2013

Tips mengail udang galah

 


Perkara Utama 
berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya engin sangkut 4 – 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan '‘lampu kalimantan'’atau '‘lampu ayam'’ Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang(yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).

Peralatan
  1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
  2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 – 8 paun.
  3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
  4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.
Umpan (Rujuk Menu Utama Kelab ATUR – Bah. Umpan)
Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)
  1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 – 16 kaki.
  2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 –3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
  3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
  4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
  5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.
Makluman
  1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
  2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
  3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
  4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
  5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.
Mencari Lubuk
  1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
  2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
  3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
  4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.
Panduan
  1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
  2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
  3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
  4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 –5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
  5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan


Sumber

Tuesday, 22 October 2013

BERITA BAIK KEPADA KAKI PANCING !

 
2013 - TAHUN MELAWAT TERENGGANU

        Banyak destinasi menarik yang pastinya menggamit kehadiran pelancong tempatan mahupun luar negara berkunjung ke Terengganu. Keenakan keropok 'Losong' yang dinikmati bersama rakan-rakan sekerja minggu lepas masih aku terasa! Sudah lama tak menjejakkan kaki di negeri nan indah, Terengganu Darul Iman. Tenang dan mendamaikan di pulau-pulau yang menarik serta pantai pasir yang memutih bersih. Apatah lagi lautnya yang membiru.
Subhan'Allah sambil melihat kebesaran alam ciptaan Tuhan.





      Peluang menyertai Pakej 'House Boat' Tasik Kenyir akan datang tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Percutian ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. 
        Sekiranya mereka yang ingin bercuti bersama keluarga ataupun rakan amat digalakkan. Memancing memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat kerana melalui aktiviti ini kita dapat mengharungi sifat sabar.


          Pakej Khas yang dibawakan oleh Jejak Kembara Dunia hanya RM390 setiap seorang daripada berkumpulan seramai 40 orang. Di mana pengangkutan sebuah bas disediakan dari Kuala Lumpur ke lokasi. Pakej termasuk bot penginapan yang dilengkapi ruang memancing yang luas, dapur dan ruang makan yang selesa, 6 bilik tidur, ruang rehat dan ruang solat. Dapur dan peralatan BBQ juga disediakan. Terdapat televisyen dan set karaoke untuk peserta berehat. Sebagai langkah keselamatan kepada kanak-kanak bot tersebut juga mempunyai pagar.
 3H2M PAKEJ "HOUSE BOAT" TASIK KENYIR
hanya *RM390/pax
BERBALOI-BALOI ...
Pakej Termasuk :


•Pengangkutan dari KL

•Makan dan minum sepanjang

  percutian di atas bot

•Permit masuk Taman Negara

•Umpan



Pakej Tidak Termasuk  :

•Peralatan memancing

 ATURCARA :
 
HARI PERTAMA

9.00 pg : Sampai di Pengkalan Gawi Memasukkan Semua Bekalan dan Peralatan Dalam Bot
10.00 pg : Menaiki ‘House Boat’ dan Terus Bertolak ke Destinasi Air Terjun Lasir
12.00 tgh  : Sampai di Air Terjun Lasir/ Aktiviti Sendiri / 
‘Free & Easy’/ Penyediaan Makan Tengahari
                      : Aktiviti Memancing/ Penyediaan Makan Malam/ Aktiviti Memancing 

HARI KEDUA
8.00 pg : Sarapan Pagi
8.45 pg : Bertolak ke Sanctuary Kelah
10.15 pg : Sampai ke Santuary Kelah dan Aktiviti Bebas/ Berenang bersama Ikan Kelah
12.30 tgh : Makan Tengahari/ Aktiviti Memancing/ Penyediaan Makan Malam
HARI KETIGA
8.00 pg : Sarapan Pagi
8.45 pg : Bertolak Balik ke Pengkalan Gawi

Sekiranya berminat : 3H2M Pakej "House Boat" Tasik Kenyir
sila hubungi : DJ IDRIS 019 - 235 2954
idriskembara@gmail.com 
* harga berdasarkan berkumpulan 40 orang 

Safety First: Onyx® 3200 A/M-24 Auto / Manual Inflatable Life Vest.



Inflates to a full-size life jacket


 
Safety First: Onyx® 3200 A/M-24 Auto / Manual Inflatable Life Vest.

U.S. Coast Guard Approved Type V PFD with Type III performance! This lifesaving unit automatically inflates upon immersion in water.
Or you can pull the inflation handle to activate. Provides comfort, safety and peace of mind without knowing you have it on, until you may need it.
  • Lightweight low profile keeps you cool without restricting movement
  • Soft neoprene neckline
  • Reflective piping
  • Durable ripstop fabric resists punctures, tears
  • One size fits most
  • Reusable mesh storage / carry bag.
Play it safe, order this insurance policy ONLINE now!
Onyx® 3200 A/M-24 Auto / Manual Inflatable Life Vest



 


BOFS-180711 - Onyx® 3200 A/M-24 Auto / Manual Inflatable Life Vest


$89.99
 

Play it safe, order this insurance policy ONLINE now!
Onyx® 3200 A/M-24 Auto / Manual Inflatable Life Vest
 
 
More Info

New Species of Giant Fish Arapaima Discovered in Brazil


 

Prof Donald Stewart from Department of Environmental and Forest Biology at State University of New York has described a new species of arapaima from the central Amazon of Brazil.

Arapaima leptosoma (adapted from Donald Stewart, Copeia 2013; background: the Meyers).
Arapaima leptosoma (adapted from Donald Stewart, Copeia 2013; background: the Meyers).

Arapaima, one of the world’s biggest freshwater fish and the largest freshwater fish of South America, is unique among fish – it can breathe air. The largest specimens can reach more than 2.5 m in length and weigh up to 200 kg.
Arapaima is torpedo-shaped with large scales and red markings. It is streamlined and sleek, with dorsal and anal fins set back near its tail.
The newly discovered arapaima, named Arapaima leptosoma, is the first new species to be described since 1847.
The specific name leptosoma derives from the Greek leptos (slender) and soma (body), in reference to the relatively slender body form of this species.
The new species is “distinguished from all other Arapaima by following three characters: dorsalmost lateralis sensory cavity on preopercle extremely slender; ventrolateral margin of head where third infraorbital meets anterior limb of preopercle strongly angled such that ventral surface of head is almost flat; and anterior third of dorsal-fin base covered with an enlarged, thickened sheath that hides anterior dorsal-fin rays when adpressed,” Prof Stewart described the new species in a paper published in the journal Copeia.



The only known specimen of Arapaima leptosoma was caught in 2001 near the confluence of the Solimões and Purus rivers in Amazonas State, Brazil.
“Collecting adult Arapaima involves considerable difficulties, both with logistics in the field and subsequent storage in museums,” Prof Stewart wrote in the paper.
“As this study demonstrates, however, collecting at least a few voucher specimens can greatly enhance our knowledge of these fascinating fishes. Many more are needed.”
“Arapaima have high economic, cultural, and scientific value, but their diversity has been overlooked for too long,” the scientist concluded.
______
Bibliographic information: Donald J. Stewart. 2013. A New Species of Arapaima (Osteoglossomorpha: Osteoglossidae) from the Solimões River, Amazonas State, Brazil. Copeia, vol. 2013, no. 3, pp. 470-476; doi: 10.1643/CI-12-017


Source

Buah naga







BERASAL dari Amerika Selatan, buah naga atau nama saintifiknya ‘Pitaya’, menjadi antara tanaman diminati kalangan petani untuk diusahakan secara komersial.


Dikenali juga dengan buah mata naga (Hylocereus Undatus), tumbuhan itu dibawa ke Vietnam oleh orang Perancis pada kurun ke-19 dari Guvana sebagai tanaman hiasan. 


Spesies yang tergolong daripada rumpun kaktus itu mendapat pelbagai jolokan dari pelbagai negara antaranya Pitaya atau Kaew Mang Korn di Thailand, Than Long (Vietnam), Strawberry Pear; Pitahaya (Latin America); ‘queen of the night ‘ (Amerika Utara); ‘red dragon fruit; Fire dragon fruit (Asia) dan buah naga (Malaysia).


Buah naga yang matang berat­nya kira-kira 400 gram, tetapi ada yang membesar sehingga lebih satu kilogram. 





Buah naga mempunyai isi berwarna putih, merah dan ungu dengan taburan biji-bijinya berwarna hitam. 


Ia memiliki tekstur isi seperti isi tembikai manakala rasanya seperti buah kiwi dengan beberapa ciri unik, sesuai untuk ramuan dalam salad buah-buahan.

Bunga pokok naga me­ngeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar yang bertindak sebagai agen pendebungaan. 





Bunga pokok naga berkembang semalaman dan menguncup selepas subuh dan berupaya menyimpan air. 


Buah naga mempunyai banyak khasiat seperti serat, kalsium, zat besi dan fosforus. 


Buah naga berisi merah sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoid yang tinggi. 


Bunga dan batang buah naga digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan untuk rawatan salur darah koronari dan meng­galakkan peredaran darah di tubuh.


Buah naga mampu meningkatkan daya tahan, mengurangkan metabolisma badan, sistem penghadaman dan peredaran darah, mengurangkan tekanan emosi, meneutral toksik dalam darah dan menurunkan kadar lemak. 


 

Pokok ini memerlukan tiang dan para konkrit sebagai sokongan dan setiap tiang boleh menempatkan empat anak pokok yang diambil daripada keratan batang. 


Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.5 meter dalam baris dan tiga meter antara baris manakala anak pokok perlu diikat pada tiang konkrit supaya ia dapat tumbuh secara menegak. 


Untuk memastikan pokok berkenaan tumbuh dalam keadaan memanjang dan membentuk batang utama, hanya satu tunas sihat saja dibiarkan di tiang konkrit.