Saturday, 24 August 2013

Siklon Tropika,Ribut Dan Taufan


Nukilan Hijau Lestari on Khamis, 8 Mei 2008

Taufan Katrina melumpuh serta menghancurkan bandar New Orleans LA,USA dikritik hebat kerana bantuan yang tidak mencukupi serta sikap perkauman kerana bandar ini dihuni 90% orang kulit hitam.





Taufan atau Hurricane katrina merupakan taufan terburuk bagi sejarah Amerika Syarikat dan melibatkan kerugian hampir 115 bilion USD Taufan Katrina pada hari pertama
Siklon tropika merupakan satu putaran awan,angin dan ribut petir yang besar.Tenaga utamanya terhasil daripada pembebasan haba akibat proses kondensasi wap air pada altitud yang tinggi.Oleh itu siklon tropika dapat digambarkan sebagai' mesin haba raksasa' yang digerakkan oleh mekanisme tekanan fizikal seperti putaran dan graviti bumi.


Terdapat banyak terminologi bagi mengambarkan siklon tropika berdasarkan kekuatan serta lokasinya seperti
  • ribut tropika-- kelajuan angin antara 62-117km sejam
  • hurricane(Amerika Syarikat)-melebihi 118 km sejam
  • taufan (Asia)--melebihi 118 km sejam
Menurut skala Hurricane Saffir Simpson,taufan diberikan skala 1 - 5,berdasarkan kelajuan angin dan kesannya.Kategori 5 bermakna tiupan angin melebihi 249 km sejam dengan luruan ribut ( ombak besar )mencecah ketinggian 6 meter sehingga boleh menyebabkan kerosakan yang amat dahsyat.

Siklon tropika berupaya menghasilkan tiupan angin yang sangat kencang,puting beliung dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dan banjir lumpur,membawa luruan ombak besar ke kawasan pantai.Siklon tropika di permukaan laut akan menyebabkan ombak besar,hujan lebat dan angin kencang di perairan antarabangsa yang kadang kala mampu menenggelamkan kapal.Bagaimana pun kesan yang paling teruk adalah apabila siklon ini menyeberangi garisan pantai dan menuju kedaratan ( Contohnya taufan Nargis di Myanmar,Siklon Bengal di Bangadesh serta Katrina di Amerika Syarikat).



Kesan Kemusnahan Taufan atau Hurricane Katrina di New Orleans LA USA.



Sering kali kesan sampingan ribut ini turut sama membinasakan.Ini termasuklah penyakit berjangkit serta penyakit yang di bawa oleh nyamuk,gangguan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan talian komunikasi penting dan menjejaskan usaha bantuan kecemasan,menyukarkan sistem pengangkutan akibat kerosakan jalanraya atau jambatan


Antara lokasi utama siklon tropika ( dikenali dengan nama Zon Tumpuan Antaratropika @ ITCZ ) ialah
  1. Lautan Atlantik Utara
  2. Bahagian timur dan barat Lautan Pasifik
  3. Barat Daya Pasifik
  4. Barat laut dan barat daya Lautan Hindi
  5. Utara Lautan Hindi
Secara puratanya sebanyak 80 siklon tropika terbentuk setiap tahun.Bagi negara Malaysia Taufan Utor dikatakan merupakan penyebab hujan lebat sehingga melebihi 350mm dalam tempoh 24 jam! di selatan Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor,Negeri Sembilan,Melaka dan Pahang yang mengakibatkan banjir besar pada 18 Disember 2006.Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Segamat dan Kota Tinggi yang ditenggelami oleh air dan tidak boleh dihubungi melalui jalan darat.Banjir ini meragut 8 nyawa serta menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur dan harta benda awam bernilai jutaan ringgit.


Banjir Dashyat Di Kota Tinggi Johor Malaysia



Sabah juga terdedah kepada ancaman taufan kerana kedudukannya yang hampir dengan Filipina di sebelah selatan
Sumber : Prof Dr Bujang B K Huat( Siklon Tropika,Ribut,Taufan dan Pemanasan Global,era Hijau keluaran no 4 2007)
 
 
 
Sumber

Better than Bigfoot: Rare ragfish washes up on Lena Beach

 

Lacking scales and bones, these fish can reach a whopping 7 feet long

Posted: August 16, 2013

This ragfish washed up on the shore of Lena Beach early in the month of August. According to Mary Willson, a retired professor of ecology, ragfish are very distantly related to perch and bass, but they are characterized by a skeleton that is mostly cartilage and flabby flesh. Juveniles look quite different from adults in body shape and fin shape, and adults have no body scales.  Courtesy of Michael Hays
Courtesy of Michael Hays
This ragfish washed up on the shore of Lena Beach early in the month of August. According to Mary Willson, a retired professor of ecology, ragfish are very distantly related to perch and bass, but they are characterized by a skeleton that is mostly cartilage and flabby flesh. Juveniles look quite different from adults in body shape and fin shape, and adults have no body scales.
Although this gnarly fish isn’t uncommon in Alaska waters, it’s rare that one of them makes an appearance on shore, especially in Juneau. A dead ragfish, scientific name Icosteus aenigmaticus, washed up on Lena Beach early this month, Juneau resident Michael Hays told us.
It was longer than a shovel, battered and looking less than appealing. However, this particular specimen is small for its size — ragfish can reach an astounding 7 feet in length, National Oceanic and Atmospheric Administration biologist Dave Csepp said.
The fish are widespread throughout Alaska waters off the Bering Sea slope, hanging out deep, around 1,420 meters. However, they’re not as common near Juneau — NOAA’s Auke Bay Laboratories usually only get a few sightings of the fish each year, Csepp said in an email. They’re most commonly caught in trawl nets or while trolling, and not very often found on beaches.
Yet another, larger fish, was found earlier this year. Mary Willson and Richard Carstensen encountered a dead ragfish in February, also on Lena Beach.
Although they don’t look it, ragfish are floppy and limp like a rag, hence their name, Csepp said. These fish have mainly cartilaginous skeletons, and if you tried to bop one on the head with a salmon club, the club would go straight through. Ragfish have no scales, NOAA’s Julie Speegle said. Their bodies are soft, their skin not unlike a squid’s: a dark top layer can be easily removed to reveal smooth, white flesh underneath, Csepp said. They feed on small fish and cephalopods, and are food for sperm whales.
Besides what we know about the ragfish’s colossal size and bizarre anatomy, not much is known about this species, Csepp said.
So, if you come across one on the beach, take some photos. You’re one of the lucky few to come in contact with this mysterious fish.
• Contact reporter Katie Moritz at 907-523-2294 or at katherine.moritz@juneauempire.com.


Full Article

Thursday, 22 August 2013

Buat Persediaan Sebelum Memancing!!

Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!

Memancing kadang-kadang merupakan satu hobi atau minat bagi seseorang. Dan semestinya kebanyakkan orang lelaki yang memiliki hobi atau minat memancing nie. Kalau perempuan mungkin ada, tapi satu dalam seribu kot..Jarang kita lihat orang perempuan suka memancing. Ada jugak sesetengah orang membeli pelbagai peralatan memancing tanpa mengira harga peralatan tersebut semata-mata kerana hobi memancing nie.
Kalau tempat memancing pulak ada orang suka memancing kat sungai je. Tetapi ada pulak yang suka memancing di laut kerana lebih mencabar. Dan ada pulak yang memancing kat kedai je.Pendek kata, setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri mengenai tempat memancing yang digemari atau disukai.
Bagi sapa-sapa yang MEMANCING DI LAUT, korang kena buat persedian yang rapi dulu. Jangan main terjah je. Nanti kalau apa-apa jadi kat laut kan buat naya je…korang boleh ikut tips nie supaya korang tak nak susah di kemudian hari.
PERSIAPAN PERALATAN
Membuat persipan sebelum memancing adalah sangat penting. Korang mesti tahu nak gunakan alat apa. Kalau korang nak memancing ikan, mesti tahu kail apa yang bagus untuk digunakan. Selain tue, kalau korang memancing waktu malam korang kenalah sediakan lampu suluh. Nanti tak ada lah korang macam orang buta dalam bot sebab tak Nampak. Lagi parah kalau korang nak memancing tapi tak ada alat untuk memancing.. Apa crita tue???
 
peralatan memancing Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!
 
BOT YANG DIGUNAKAN
Bagi sapa-sapa yang ada bot oklah. Tak payah cerita. Tapi, bagi sapa-sapa yang tak ada bot nie, korang mesti cari bot yang selalu digunakan untuk memancing. Lebih baik jika bot tue mempunyai Fish Finder dan GPS. Jangan disebabkan nak jimat budget korang sewa bot yang murah. Dan lebih parah lagi jika kapten kapal tak tahu ‘port’ untuk memancing. Kan ke buat rugi je korang sewa bot.
 
bot Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!
 
TARGET
Sebelum memancing jugak korang pastikan korang nak pancing  ikan apa. Kalau nak pancing ikan tenggiri korang kena carik ‘port’ yang ada ikan tenggiri dan focus kepada pemancingan ikan tenggiri. Tapi, kalau korang ditakdirkan dapat ikan yang lebih baik atau ikan lain, kira rezeki korang lah tue..
 
target 300x121 Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!
 
LOKASI
Mencari lokasi yang strategic jugak merupakan salah satu persediaan yang perlu korang buat. Kalau korang tak tahu, korang try Tanya dengan orang yang berpengalaman kat tempat korang nak memancing tue. Jangan pulak bila semua korang dah sediakan, tapi tak tahu lokasi mana yang nak dituju..
 
lokasi Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!
 
CUACA
Mengetahui ramalan cuaca jugak tips penting untuk korang sebelum nak pergi memancing. Kalau korang tengah memancing kat laut, tiba-tiba hujan lebat, bukankah menjadi satu masalah pulak buat korang. Jadi sebelum memancing di laut, korang kena tengok ramalan cuaca. Kalau dikatakan laut bergolera dengan hebat, janganlah korang nak pergi memancing jugak. Batalkan je niat korang tue..
 
cuaca 300x186 Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!
 
UBAT-UBATAN DAN MAKANAN
Nie lagi satu tips yang memang penting untuk korang sebelum pergi memancing di laut. Korang mesti ingat, kat laut tak sama dengan kat darat. Kalau tiba-tiba korang cedera kat laut, sekurang-kurangnya korang ada ubat sebelum korang sampai kat darat. Makanan jugak sangat penting. Di laut bukannya ada kedai yang menjual barang makan. Dan korang kena ingat, korang pergi laut bukannya sekejap. So, korang sediakanlah makanan yang mencukupi..
 
bekalan makanan 300x225 Jom Buat Persediaan Sebelum Memancing!!
 
Tue lah beberapa tips yang boleh korang praktikkan sebelum memancing di laut.. Moga-moga dengan tips nie dapatlah membantu korang buat persediaan..:)
 
 

Memancing di Kolam

 

memancing di kolam
memancing di kolam
 
Memancing di kolam sekarang menjadi trends bagi kalangan sebagian pemancing dadakan, kenapa dadakan? Karena hanya hari – hari tertentu saja kolam ini ramai…biasanya pada saat hari libur. Pada setiap minggu atau hari libur lain banyak kolam pancing penuh dengan adanya para pemancing yang ingin menyalurkan hobinya memancing, namun dengan tidak harus bersusah payah dan kepanasan, he3..dengan memancing di kolam pancing bukan galatama maksudnya, setiap orang akan dapat dengan mudah memancing ikan tanpa trik dan keahlian khusus, karena biasanya para pemilik kolam akan menyediakan ikannya dalam keadaan lapar sehingga mudah untuk dipancing, sekalian ia berjualan ikan  gitu…
Di tempat kami di Malang ada kolam pancing seperti itu, Kolam Pancing Tegaron namanya. Lokasinya ada di daerah kepanjen – Malang. Kolam ini merupakan kolam pancing yang juga tempat makan juga, jadi setiap pengunjung dapat menikmati dua aktifitas sekaligus selain memancing di kolam pemancingan yang terdapat banyak macam ikan di dalamnya juga sekaligus menikmati ikan bakar atau ikan goreng yang disediakan oleh pemilik kolam.

Di kolam tegaron disediakan semacam balai – balai disepanjang  kolam untuk para pemancing untuk duduk – duduk disana sekaligus makan. Jadi sambil berburu ikan yang akan disantap para pemancing bisa menikmati minuman segar yang sudah disiapkan pemilik kolam…nyamm. Pemancing juga bisa memilih ikan apa saja yang akan di makan hari itu, terdapat beberapa kolam yang diisi satu jenis ikan saja sehingga memudahkan pelanggan. Ada kolam gurami, lele, bawal. Bahkan untuk anda yang tidak mau memancing untuk mendapatkan ikan, anda tinggal memberitahu ke pemilik kolam untuk menjaring ikannya dan beres…setelah dibersihkan sekalian, dibakar dan disantap ramai – ramai..mak Nyuss
Memancing di kolam seperti di kolam tegaron kepanjen memang bukan sebuah aktifitas memancing yang serius, bahkan adalah aktifitas memancing lebih ke main – main, bandingkan dengan memancing di danau atau waduk yang luas, panas dan butuh teknik khusus. aktifitas memancing di kola ini lebih santai dan relax bahkan anda tidak perlu kepanasan. Meski kola ini lebih disebut sebagai rumah makan sekaligus pemancingan umum namun tetap banyak orang datang untuk memancing disana.
Jika anda jeli, pembuatan kolam pancing yang bisa menghasilkan uang seperti ini  adalah sebuah peluang usaha yang patut di coba, siapa tahu kolam pemancingan anda bisa berkembang. Anda bisa berjualan ikan plus jualan pakan pancing plus dengan mendapatkan untung masih ditambah keuntungan dari penjualan ikan baker atau ongkos membakar ikan dan minumannya…mau?

Sistem Mancing Kolam Yang Umum Ada


Kalau anda pernah memancing di kolam pancing tentu anda akan mengetahui system mancing kolam yang sekarang cukup marak. System pemancingan ini memang di buat untuk menarik minat dari para pemancing, selain juga sebagai sebuah aturan khusus untuk mengatur pola pancingan yang harus dilaksanakan. Sistem pemancingan biasanya merupakan kesepakatan antara pemancing dan pemilik kolam, atau kadang pemilik kolam sendiri yang menentukan sistemnya. Sistem pemancingan yang umum dan paling banyak digunakan adalah:
mancing-kolam
pancing kolam
-         Sistem Tiket : Sistem ini menetapkan harga sewa dengan memberi tiket masuk kepada para konsumennya. Tiket masuk yang diberikan pada pemancing bisa dihitung berdasarkan jam, berdasarkan jumlah joran, dengan system ini setiap pemancing bebas menentukan tempat memancing, ataupun bebas membawa pulang ikan yang di dapatkannya dengan jumlah berapapun. Kekurangan kolam yang menggunakan system ini memiliki jenis ikan yang tidak terlalu mahal harganya, atau kadang jumlah ikannya tidak terlalu banyak
-         Sistem Timbangan : system ini memberikan harga ikan sesuai dengan jumlah yang di dapatkannya dengan menimbangnya sesuai harga yang sudah tercantum. Setiap jenis ikan memiliki harganya sendiri. Buat anda yang masih baru dalam hobby memancing dan tidak ingin habis biaya banyak, kolam jenis ini bisa dijadikan pilihan. Kekurangannya adalah kita membayar sejumlah ikan yang kita dapatkan, sehingga banyak orang menganggap memancing di kolam ini lebih menyerupai membeli ikan dengan cara lain.
-         Sistem Lapak biasa : para pemancing diberikan tempat atau lokasi tertentu dengan memberi nomor lapaknya. Kemudian sesuai kesepakatan yang sudah tertulis lapak tersebut dibayarkan sesuai dengan jamnya, 1 jam, 2 jam atau berapapun sesuai dengan kesepakatan. Kerugian pemilik kolam jika pemancing mendapatkan banyak ikan.
-         Sistem Lapak berhadiah : kolam system ini menjual lapak bernomer dengan harga tertentu serta waktu tertentu, namun pemilik mendapatkan kesempatan untuk mendapatkan hadiah – hadiah menarik. Bahkan ada yang memberikan hadiah motor baru. Biasanya pemenangnya ditentukan jikan pemancing mendapatkan ikan maskot yang biasanya paling berat tubuhnya.
-         Sistem Borong Kolam : memancing dengan system ini memang membutuhkan uang yang tidak sedikit. Biasanya digunakan oleh perusahaan atau instansi yang ingin mengadakan lomba memancing bagi karyawannya. Seluruh kolam disewa dengan memasukkan ikan sejumlah kesepakatan dengan pemiliknya. Jika lomba sudah selesai ikan yang tersisa semua diambil pemilik dengan menguras kolam.
-         Sistem Gaple : sistem ini sebenarnya dibuat diantara beberapa pemancing sendiri tanpa melibatkan pemilik kolam pancing. Beberapa pemancing memancing berbarengan dengan perjanjian pada saat mendapatkan ikan hasilnya semua ditimbang bareng – bareng dan dibagi rata antara pemancing yang ikut.
-         System Galatama : system ini mungkin yang paling digemari para pemancing kolam kawakan. System galatama diselenggarakan oleh pemilik kolam dengan iming – iming hadiah yang beraneka ragam mulai dari tape, mesin cuci, motor, bahkan mobil. Pemenang dari hadiah tersebut ditentukan oleh bobot ikan utama, bobot ikan akumulatif, jumlah ikan tanpa melihat bobotnya, jenis ikan tertentu, tergantung dari panitia penyelenggara alias pemilik kolam yang tentu saja berkoordinasi juga dengan pihak sponsor. Hadiah yang besar akan merangsang animo para pemancing. Semakin banyak peserta, semaikin besar juga keuntungan pemilik kolam. Namun terkadang terdapat juga permainan judi antar pemancing yang memanfaatkan momen tersebut. Biasanya dilakukan oleh sesama pemancing degan cara bertanding siapa yang mendapatkan ikan yang paling banyak, atau nomer lapak berapa yang akan mendapat maskot, genap atau ganjil dll dengan tentu saja tetap memberikan sebagian uang tersebut kepada pemilik kolam.


Sumber

Pentingnya menjaga warisan alam


 
 14_01_2010
IBU BAPA berperanan mendekatkan anak-anak dengan alam sekitar.

Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau dendangan Zainal Abidin yang pernah hangat satu ketika dulu, pasti kita sedar akan mesej yang cuba disampaikan tentang betapa eratnya alam sekitar dengan manusia.

Bait-bait awal dalam lagu tersebut 'Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang jahil ketawa' memberi isyarat yang jelas kepada kita sebagai manusia atau satu-satunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir dan bertindak sewarasnya dalam menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding ini.

Selagi kita terus mengamalkan sikap negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak tercemar, maka kita sendiri akan menerima padahnya.

Buktinya, hari ini perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, banjir kilat, kenaikan suhu global, pencemaran udara dan air bertoksik adalah antara kesan buruk yang terpaksa ditanggung oleh kita kerana kealpaan dalam menjaga alam sekitar.

Banyak pihak yakin bahawa salah satu cara terbaik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak.

Melentur buluh

Bukanlah alasan yang bijak jika kita mengatakan anak-anak masih terlalu kecil dan mentah untuk memahami keperluan menjaga alam sekitar.

Pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' memberi maksud bahawa anak-anak perlu diasuh sebaik mungkin pemikiran dan sikapnya untuk menjaga alam sekitar supaya mempunyai rasa bertanggungjawab yang dibawa sehinggalah mereka menjadi dewasa.

Banyak inisiatif yang boleh difikirkan dan diamalkan oleh ibu bapa terutamanya dalam kehidupan seharian di rumah.

Sebagai memberi kesedaran dan pendidikan awal tentang penjagaan alam sekitar, ibu bapa boleh membelikan atau membawa anak-anak ke perpustakaan untuk membaca bahan-bahan yang berkaitan.
Sebagai alternatif lain, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk melayari laman-laman web seperti www.kitarsemula.com, www.kid-at-art.com atau www.compostguide.com dan sebagainya yang sarat dengan maklumat, panduan dan petua penjagaan alam sekitar.

Melalui bahan-bahan pembacaan seperti ini, secara umumnya anak-anak akan dapat menghayati konsep 3R dalam penjagaan alam sekitar, iaitu 'reduce'' (kurangkan), 'reuse' (gunakan semula) dan 'recycle' (kitar semula).

Anak-anak perlu diberitahu akan fakta-fakta yang bersifat realisitik tentang alam sekitar. Misalnya, beratus-ratus pokok dapat diselamatkan daripada ditebang jika kertas-kertas terpakai dikitar semula secara bijak.

Kitar semula

Begitu juga fakta bahawa kitar semula bahan buangan mampu menjimatkan kos pengendalian pembuangan sampah sarap sehingga ratusan juta ringgit oleh kerajaan.

Antara usaha-usaha lain dalam penjagaan alam sekitar yang boleh diterapkan kepada anak-anak di rumah adalah:

 Mengasuh anak-anak menggunakan sumber alam secara berhemah terutama penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan di dapur boleh dikitar semula untuk menyiram tanam-tanaman. Suis elektrik dan lampu perlu dimatikan jika tidak digunakan lagi.

 Menggalakkan anak-anak untuk tidak membuang sampah merata-rata tetapi buang di tempat yang sepatutnya. Adalah lebih baik juga untuk mendidik dan memberikan contoh kepada mereka dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dan tidak boleh dikitar semula seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya.

Wujudkan tong sampah di rumah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut bagi memudahkan anak-anak membuang sampah mengikut kategorinya.

 Mengajar anak-anak untuk mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitar semula yang memberikan bayaran ke atas bahan-bahan tersebut.

Anak-anak akan turut berminat menambahkan jumlah wang tabungan mereka dari semasa ke semasa dengan cara yang mudah sebegini.

 Beritahu anak-anak bahawa sisa-sisa makanan harian tertentu boleh dikitar semula menjadi 'baja kompos' yang boleh digunakan sebagai baja untuk menanam bunga atau sayur.

Dengan cara ini anak-anak akan turut dapat dididik akan konsep 'berbakti kepada tanah' dan memberikan pulangan melalui hasil tanaman bunga-bungaan atau sayur-sayuran.

 Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan atikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku skrap atau ensiklopedia peribadi tentang apa sahaja topik yang menjadi minat mereka.

 Ibu bapa perlu menerapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula barang-barang yang difikirkan tidak perlu seperti pakaian lama yang boleh dibuat kraf tangan menjadi beg, selimut, atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubahsuai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca.

Pakaian milik anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada anak-anak yatim atau badan-badan kebajikan.

Begitu juga dengan amalan di mana pakaian dan barang-barang permainan anak-anak boleh dihadiahkan kepada rakan-rakan mereka yang lain.

 Untuk mengurangkan penggunaan beg plastik terutamanya yang berunsurkan styrofoam dan tidak mamu dilupuskansecara semulajadi, terapkan amalan membawa beg sendiri dalam diri kita dan anak-anak ketika hendak membeli-belah.

 Galakkan anak-anak untuk menyertai program yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar. Misalnya menyertai program gotong royong membersihkan kawasan kejiranan, menyertai ceramah atau kempen penjagaan alam sekitar dan sebagainya.

Kita perlu sedar bahawa walaupun sumbangan kita dan anak-anak terhadap pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar nampak seperti terlalu kecil, namun jika semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab yang serupa, sudah tentu ia akan menjadi begitu berkesan dan bermakna.

Sikap positif dalam menjaga warisan alam sekitar sebegini diharapkan akan menular menjadi budaya yang akan terus dipraktikkan oleh anak-anak kita ini pada masa hadapan dan diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Sumber  Maklumat : Utusan Malaysia
14 Jan.2010