Thursday 17 July 2014

Rendang Pedas Ikan Pari


Rendang_pedas_ikan_pari
Variasi rendang pedas Perak.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 1 kg ikan pari - dipotong2 (boleh juga guna ikan kayu @ ikan tongkol)
  • 10 biji cili kering (*)
  • 2 inci halia (*)
  • 3 batang serai - dihiris (*)
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 liter santan - kurangkan jika terlalu banyak
  • 2 keping asam keping / asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit bersaiz sederhana - dihiris halus2
  • 2 cawan kelapa parut
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • *** Jika gunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan2 bertanda (*)

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar lagi tetapi jangan sampai hancur. Tambah air jika perlu atau boleh gunakan santan.
  2. Masukkan bawang merah yang telah dihiris, bahan2 yang telah dikisar halus, serbuk kunyit dan juga santan ke dalam kuali.
  3. Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih dan kuahnya berkurangan sedikit.
  4. Kemudian masukkan ikan pari dan asam keping. Masukkan juga garam dan perasa secukupnya.
  5. Masak sehingga kering tetapi jangan dikacau terlalu kuat kerana ikan akan hancur.
  6. Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau sehingga rata.
  7. *** Tujuan tunggu hingga kuah berkurangan dan baru dimasukkan ikan ialah supaya ikan tidak dimasak terlalu lama di dalam kuah. Ini akan membuatkan ikan hancur.
  8. *** Saya punya rendang ni tak sempat nak bubuh daun kunyit sebab kehabisan daun kunyit. 

Sumber

No comments:

Post a Comment